PELAKON Nadhir Nasar yang kini semakin aktif dalam bidang pengarahan menjangkakan filem pertama hasil tangannya bakal mengangkat genre seram dan thriller.
Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata dia kini sedang menulis beberapa skrip dan bekerja rapat dengan pasukan produksi, Paradice Pictures, bagi memperkemas jalan cerita sebelum diterbitkan.
“Sekarang ini pun saya sudah mula menulis beberapa buah cerita. Bila masuk pejabat, saya dan pasukan produksi akan ubah cerita jadi lebih baik sampailah skrip itu ‘masak’, barulah kita akan keluarkan.

Nadhir memberi jangka masa dua ke tiga tahun lagi untuk menghasilkan sebuah filem.






