PELAKON Mimi Lana menyifatkan pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai watak utama dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) sebagai keputusan tepat meskipun ia dipertikaikan segelintir netizen di media sosial.
Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, berkata dia tidak melihat sebarang isu apabila Tiara Jacquelina memilih anaknya sendiri untuk membintangi produksi berkenaan memandangkan teater tersebut merupakan milik penerbit itu sendiri.
"Eh saya kalau ada anak pun akan panggil anak sendiri jadi PGL. Kalau saya pernah jadi PGL, sudah tentu jika anak saya boleh berlakon sudah tentu saya akan beri kepadanya.







