Hiburan

Mimi Lana keluar sekejap daripada aplikasi Threads, pesan awal-awal jangan percaya akaun palsu

BIMBANG kesan penggunaan media sosial berlebihan, pelakon Mimi Lana membuat keputusan berehat sebentar daripada menggunakan aplikasi Threads.

Menurut Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, dia tidak mahu penggunaan platform itu secara berlebihan kerana memberi kesan buruk terhadap dirinya sehingga mengganggu kesihatan.

“Saya suka berada di sini (Threads) tetapi saya sedar bahawa terlalu banyak daripadanya tidak baik untuk kesihatan saya.

Mimi mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan akaun palsu menggunakan namanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh