PELAKON Azhan Rani memuji bakat muda Hussain yang kini semakin menjadi tumpuan ramai selepas terlibat dalam program Big Stage X Rocketfuel.
Bukan hanya berbakat dalam bidang nyanyian, Azhan, 50, juga berpendapat Hussain memiliki ciri-ciri seorang penghibur yang diminati ramai.
“Tidak ikut sangat program nyanyian dia sebab masa aku pun banyak dekat lokasi penggambaran. Tapi tiap kali melintas fasal nyanyian dia, memang aku tengok.

Azhan yakin Hussain mampu menjadi penghibur yang diminati ramai.






