PELAKON Mila Mohsin enggan terlalu ambil pusing dakwaan kononnya dia diterima memegang watak utama dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) disebabkan status sebagai anak kepada Puan Seri Tiara Jacquelina yang juga merupakan pengarah karya tersebut.
Bagi Mila atau Hani Karmila Hani Mohsin, 29, penglibatannya tidak harus dilabelkan sebagai nepotisme kerana dia sendiri melalui proses uji bakat seperti barisan pelakon lain.
“Selalu juga dengar tentang nepotisme. Orang boleh fikir apa yang mereka mahu fikirkan dan saya tidak salahkan mereka. Mungkin saya sendiri pun akan berfikir perkara yang sama. Jadi husnuzon sahaja.

Mila sedar pemilihannya mendapat kritikan segelintir pihak.






