SYARIKAT MIG Production House (MIG) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan penayangan drama siri Madu Atau Racun yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.
MIG menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum terhadap segala teguran dan mengakui babak kecenderungan hubungan sesama jantina yang dipaparkan adalah keterlaluan untuk tontonan umum.
Jelas MIG, mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk memperlekehkan mana-mana pihak mahupun sengaja mencetuskan isu sensitif menerusi karya yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI itu.

Kenyataan rasmi pihak MIG.






