BERJAYA membeli hartanah pertama pada usia 27 tahun, pelakon Mierul Aiman tidak bercadang berpindah masuk ke apartment berkenaan.
Sebaliknya kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, dia bercadang menyewakan apartment terletak di Sepang, Selangor itu kepada penyewa.
“Saya suka dengan apartment berkenaan sebagai ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, surau malah dari segi keselamatan ia terjamin.

Mierul tidak mendabik dada berjaya memiliki rumah pertama sebaliknya perlu bekerja lebih keras.





