PERTEMUAN di antara penyanyi Datuk Fazley Yaakob bersama anak lelaki usahawan Datuk Seri Vida iaitu Kacak, mencuri perhatian netizen sehingga dihujani pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi satu hantaran video, Fazley, 48, dilihat berkunjung ke kediaman Vida dan disambut Kacak dengan bersalaman dan berpelukan di antara mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu melihat momen tersebut malah ada yang mengusik dan mendoakan agar Fazley dan Vida dipertemukan jodoh kerana kelihatan serasi.

Seluar Fazley menjadi perhatian netizen.






