BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam industri muzik tanah air apabila berjaya menganjurkan konsert Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya dengan Saya yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu menghimpunkan hampir 3,000 peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Mengangkat konsep sambutan Hari Raya Aidilfitri, penonton tampil anggun mengenakan busana tradisional, sekali gus mewujudkan suasana penuh warna-warni dan meriah.








