KUMPULAN Senario tampil menjawab dakwaan yang mengatakan mereka ‘memulaukan’ pelawak Ilya Buang atau Pak Ya daripada menjadi duta pakaian baju raya, Jakel.
Menurut salah seorang anggotanya iaitu Lan Pet Pet, ketiadaan Pak Ya bukanlah disebabkan mereka mempunyai perbalahan, sebaliknya memenuhi kehendak klien.
"Mereka (pemilik Jakel) ada 11 adik-beradik. Selepas berbincang akhirnya masing-masing mencapai kata sepakat untuk memilih ahli Senario yang original sahaja iaitu lima anggota asal (Lan, Azlee, Apek, Yasin dan Wahid).

Senario memaklumkan perkara itu ketika ditemui media pada Sabtu






