PENYANYI Arrora Salwa berlapang dada menerima kritikan apabila persembahannya pada minggu keempat program Gagar Vaganza 11 (GV11) dikatakan seperti nyanyian ‘kenduri kahwin’.
Meskipun menerima komen sedemikian, Salwa, 39, tetap berpuas hati dengan pencapaiannya itu kerana konsep ditampilkan menepati persembahan lagu Apa Guna Berjanji nyanyian Saloma.
“Ada orang tu cakap saya nyanyi macam kenduri kahwin masa minggu keempat.

Salwa berkongsi perkara itu menerusi InstaStory.






