PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tampil menjelaskan situasi sebenar susulan polemik yang tercetus berkaitan kenyataan yang didakwa mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan yang kini hangat diperkatakan di media sosial.
PU Riz menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir pihak yang memetik kenyataan secara separa sehingga menimbulkan salah faham terhadap mesej sebenar yang ingin disampaikan, sekali gus berpotensi mencetuskan perbahasan yang tidak sepatutnya.
Menurut PU Riz, isu itu perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan berdasarkan potongan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat.






