TANGGAL 22 Februari ini menandakan genap 34 tahun pemergian penyanyi legenda tanah air, Datuk Sudirman Arshad.
Bagi sahabat rapat yang pernah berkongsi suka dan duka bersama arwah, kenangan terhadap insan seni hebat itu tidak pernah luput, malah rasa rindu terhadap arwah semakin menebal dari tahun ke tahun.
Menurut komposer Habsah Hassan, kehilangan Sudirman bukan sekadar pemergian seorang penyanyi berbakat besar, tetapi adik yang amat dekat di hati.

Habsah (kiri) dan Saodah antara rakan rapat Allahyarham Sudirman.






