USAHAWAN dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak lelakinya iaitu Rian dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.
Menerusi satu hantaran, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehinggakan dia dan isteri, Maryam You Narae terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital.
Menurut Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.

Hantaran Ryzal di Threads.






