PENYANYI Datuk Aishah mendakwa jualan tiket untuk konsert 40 Chapters of Love yang dilancarkan menerusi satu platform pada 17 April lalu telah disabotaj.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 61, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima aduan daripada peminat yang gagal mendapatkan tiket walaupun sudah menunggu lama.
"Ketika mula-mula dapat tahu, saya menangis sebab kami dah bekerja keras untuk konsert ini terutama pihak pengurusan.

Aishah menerima aduan daripada peminat yang gagal mendapatkan tiket.






