AKTOR Shaheizy Sam yang diangkat Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 meluahkan rasa syukur atas kejayaan itu.
Sam yang terpilih menerusi lakonan hebat dalam filem Badak, turut berbesar hati ingin membelanja pengunjung di restoran piza miliknya, esok.
"Terima kasih mummy kerana tak pernah putus doakan saya. 100 orang pertama esok saya akan belanja piza," ujarnya.

Sam dan Aida dinobat sebagai pelakon terbaik FFM35.






