PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan selamat maju jaya buat penyanyi Aina Abdul yang bakal membawa nama Malaysia ke pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.
Anwar menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti jelas bahawa karya dan kualiti bakat seni anak tempatan mampu berdiri sama tinggi serta bersaing di peringkat antarabangsa.
Menerusi satu hantaran, Anwar menzahirkan rasa kagum dan bangga atas keberanian Aina melangkah ke pentas berprestij berkenaan.






