BAHARU seminggu menjalani ibadah puasa, namun terdapat penyanyi baharu dan pempengaruh yang begitu ‘ghairah’ melancarkan lagu raya pada tahun ini.
Perkara itu menarik perhatian anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menasihatkan agar penyanyi baharu sepatutnya menghasilkan karya yang tidak terhad pada bulan Ramadan dan Syawal semata-mata.
Katanya, langkah itu penting bagi memastikan karya yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri sebelum mencuba menghasilkan lagu bermusim.

Teguran Eric kepada penyanyi baharu.





