MENYEDARI namanya tersenarai dalam gerakan Blockout2024 kerana didakwa bekerjasama dengan jenama pro Israel, pelakon Meerqeen bagaimanapun menegaskan dia sentiasa cakna dengan situasi getir sedang berlaku di negara Palestin.
Dalam hal ini, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, berkata dia mengambil tahu perkembangan terkini dan tidak lupa memberikan sumbangan untuk saudara Islam di negara berkenaan.
Meerqeen bagaimanapun berpendapat tiada keperluan untuk dia berkongsi mengenai perkara itu kepada umum.