KERINDUAN para peminat My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence bakal terubat apabila dua kumpulan rock antarabangsa ini berkunjung ke Kuala Lumpur dalam siri persembahan berskala besar, November depan.
Dianjurkan oleh Hello Universe, siri konsert yang dinanti-nantikan itu bakal membuka tirai menerusi kumpulan ikonik rock alternatif, MCR pada 19 dan 20 November, disusuli dengan aksi pelopor rock gothic, Evanescence pada 28 November pula.

Penganjur setuju untuk menambah tiket konsert.
Kehadiran dua nama besar itu bukan sahaja menjadi platform buat peminat tegar muzik ‘Emo’ dan ‘Gothic’ tempatan berhimpun, malah ia disifatkan sebagai pelengkap kepada kenangan zaman persekolahan bagi generasi yang membesar pada awal tahun 2000-an.




