PENYANYI Mawi berkongsi kisah lama mengenai sahabatnya iaitu pengarah Syamsul Yusof, yang pernah membantu ketika dia berdepan waktu sukar.
Malah, Mawi atau Asmawi Ani, 45, mendedahkan rakan baiknya itu bertindak memberikan rawatan ketika dia mengalami sakit misteri.
“Dia sahabat aku dalam susah dan senang. Waktu aku terlantar ‘mati hidup semula’ kena sakit misteri dulu, dialah orang yang datang jumpa aku.

Mawi beri bayangan bakal berkolaborasi dengan Syamsul.






