PENYANYI rap, Kmy Kmo meluahkan pendirian tegasnya untuk tidak terlibat dengan sebarang acara atau kerjasama yang ditaja oleh syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan rejim Zionis Israel.
Menurut Kmy atau Lukmanul Hakim, 36, dia sanggup tidak menerima sebarang bayaran persembahan atau tawaran kerja demi mempertahankan prinsip kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
"Biar la aku berpuasa kalau itu sudah takdir, daripada aku ikut serta mana-mana kerja atau konsert tajaan jenama yang menyumbang ke arah Israel.

Luahan Kmy di Threads miliknya.





