PELAKON Liyana Jasmay tampil memberi respons terhadap komen segelintir netizen yang mempersoalkan fizikal mata redupnya sehingga ada yang menyangka dia mengambil barang terlarang atau terlalu letih.
Menegaskan itu adalah bentuk semula jadi matanya, Liyana, 37, juga kurang pasti faktor ia kelihatan begitu ketika tampil dengan wajah tanpa solekan.
“Tak tahulah kenapa mata ini. Dah memang mata saya macam ni, tak tahu nak komen apa.

Liyana menjadi sorotan netizen apabila melihat bentuk matanya yang redup.






