SEBAGAI pendatang baharu dalam dunia lakonan, pelakon Farza Dida banyak menerima nasihat dan bimbangan daripada tiga kakaknya yang juga merupakan aktres dikenali ramai.
Farza berkata kakaknya iaitu Uqasha, Nelydia serta Raysha sentiasa berpesan agar dia bijak membawa diri dalam membina nama dunia seni.
“Mereka sentiasa berpesan supaya beradab dengan semua orang tak kira siapa pun mereka. Sentiasa merendah diri, tak sombong dan kena pandai jaga diri,” katanya kepada mStar.

Dida sentiasa pegang nasihat kakak.






