KEPUTUSAN penyanyi Mas Idayu bercerai dengan bekas suami iaitu Muhammad Sufian Che Isa bukan dibuat mengikut perasaan sebaliknya sudah difikirkan secara mendalam.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 53, berkata, dua tahun dia cuba mempertahankan rumah tangga mereka namun akhirnya yakin penceraian adalah jalan terbaik.
Kata Mas, sebelum memfailkan penceraian, dia turut merujuk kepada pihak lebih arif selain memohon kepada Allah SWT agar diberikan jalan keluar dan penyelesaian.







