SELEPAS bergelar juara program realiti One In A Million (OIAM), penyanyi Marygrace mendedahkan wang kemenangan yang diterima dimanfaatkan sebaik mungkin menerusi pelaburan perniagaan demi masa depan keluarga.
Marygrace atau Marygrace Jane Penserga, 24, berkata sebahagian daripada wang tersebut digunakan untuk membuka sebuah bengkel cat kereta di Kota Kinabalu, Sabah, hasil perkongsian perniagaan bersama seorang rakan.
Selain itu, penyanyi kelahiran Keningau, Sabah itu turut memberitahu dia telah membeli sebidang tanah dan kini sedang berusaha untuk mendirikan sebuah rumah buat keluarga.

Marygrace menggunakan wang kemenangan di OIAM dengan baik.





