PENYANYI Datuk Nora Ariffin menyifatkan individu paling berbahaya adalah mereka yang memiliki sifat cemburu terhadap kebahagiaan orang lain.
Kata Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, golongan bersikap negatif itu akan berasa puas sekiranya dapat memusnahkan kebahagiaan yang dimiliki orang di sekeliling mereka.
“Manusia yang paling bahaya adalah mereka yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan merasa puas hati apabila dapat memusnahkan kebahagiaan itu,” katanya.

Perkongsian Nora di Instastory miliknya.





