NAMA menjadi sebutan media pro-Israel atas kelantangannya berhubung isu Palestin, penyanyi Kaka Azraff dilihat kekal tenang berdepan kecaman netizen di media sosial.
Menjawab dakwaan kononnya kontrak bersama sebuah label muzik turut terkesan atas isu ini, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata dia akan memberikan kenyataan berhubung perkara itu apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang ini saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi, tapi bila saya dah bersedia saya akan beri kenyataan.

Antara tangkap layar yang tersebar di media sosial.





