BIMBANG berdepan sebarang masalah kesihatan, pelakon dan penyanyi Abby Abadi nekad mengamalkan pemakanan sihat bagi mendapatkan berat badan ideal sejak beberapa bulan lalu.
Biarpun penurunan tidak konsisten, namun Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, yakin dia mampu mencapai hasrat itu hasil usaha berterusan.
Malah perubahan tubuhnya itu juga menjadi perhatian ramai apabila berkongsi penampilan yang lebih langsing.

Senaman juga membantu Abby menurunkan berat badan.






