ISTERI kepada penyanyi rap Caprice meluahkan rasa kecewa apabila dituduh mengabaikan anak sulungnya hanya kerana jarang memuat naik foto bersama di media sosial.
Berang dengan dakwaan tersebut, Fara Inalis atau lebih dikenali sebagai Elis menegaskan tiada istilah pilih kasih antara anak-anaknya, malah dia berasa sebak apabila terpaksa bercuti tanpa membawa anak perempuannya, Aleesya Sofea.
“Apa aku lalui tak perlu nak cerita dekat media sosial. Anak aku kandung, aku melahirkan. Kasih sayang tiada ganti, tiada istilah dilupakan atau pilih kasih.

Elis bengang dengan tuduhan netizen.





