KEMERIAHAN majlis resepsi penyanyi dan komposer Amylea Azizan dan suaminya iaitu Mohammad Aqbar mengundang kritikan seorang netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik Shila Amzah, netizen berkenaan mengecam majlis berkenaan termasuklah mengaitkan arwah bapa Amylea.
Bengang dengan tuduhan yang dilemparkan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, tampil membela rakannya dan menyelar komen ditulis netizen berkenaan.

Shila balas semula komen negatif netizen.




