PERMOHONAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar untuk menarik balik pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, ditolak oleh Mahkamah Syariah Gombak Barat, Selangor pada Khamis.
Peguam syarie yang mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria, berkata Hakim Syarie Nurul Hidayah Jani tidak membenarkan permohonan itu dan prosiding akan diteruskan dengan keterangan pihak defendan pada 9 Julai depan.

Adira hadir bersama peguam.
"Mahkamah menolak untuk penarikan kes jadi kita akan teruskan dengan keterangan defendan (Adira) pada 9 Julai ini.






