SIARAN drama Madu Atau Racun dihentikan sementara selepas iQlYI mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat berhubung kandungan naskhah berkenaan.
Dalam satu kenyataan rasmi di Instagram, iQIYI memaklumkan pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan kini sedang menjalankan proses semakan serta suntingan terhadap kesemua episod drama itu.
Menurut iQIYI, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Communications and Multimedia Content Forum (CMCF) serta pihak berkaitan.

Kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi iQIYI.






