USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri tidak bersetuju dengan istilah menanggung ‘biawak hidup’ yang mana seorang isteri perlu menampung perbelanjaan keluarga kerana suami yang tidak bekerja.
Kata Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, sekiranya berdepan dengan situasi tersebut, dia tidak akan sesekali berbuat demikian.
Bagi Eriyca, seorang wanita perlu mempunyai harga diri dan tidak membuka peluang kepada lelaki mengambil kesempatan untuk hidup senang.

Eriyca tidak bersetuju jika wanita perlu menanggung lelaki.






