PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila kucing peliharaannya, Kilau, sudah pulang ke pangkuannya selepas dilaporkan hilang sejak pagi Selasa.
Azhan, 50, berkata, dia menyedari kepulangan Kilau kira-kira pukul 5.20 pagi Rabu selepas terdengar bunyi kucing itu mengiau di kediamannya.
“Alhamdulillah, syukur. Allahuakbar. Pukul 5.20 pagi Kilau balik sendiri. Tiba-tiba dengar suara dia selepas semalaman saya biarkan pintu dapur terbuka.

Azhan kongsi keadaan Kilau selepas pulang ke rumah.





