PERTEMUAN bersama penyanyi Indonesia, Lyodra membuktikan bahawa dia kini sudah semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Lyodra atau Lyodra Margareta Ginting, 22, berkata sejak kecil lagi dia gemar menonton siri animasi tempatan Upin & Ipin dan secara tidak langsung membantunya memahami dan menguasai bahasa tersebut dengan mudah.
“Dari kecil lagi saya suka menonton Upin Ipin dan sebab itu saya boleh berbahasa Malaysia.

Lyodra (kanan) mengakui gemar menonton siri animasi Upin Ipin.






