SUAMI kepada pelakon Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Ezam Merican mendedahkan arwah isterinya itu menghidap penyakit autoimun Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang kemudiannya menyerang buah pinggang sehingga menyebabkan lupus nefritis.
Menurut Ezam, Lydia telah berjuang melawan penyakit tersebut selama kira-kira lapan tahun sebelum pelakon berusia 46 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis.
“Dia sebenarnya menghidap penyakit autoimun SLE. Kemudian menyerang buah pinggang.

Rakan dan keluarga hadir memberi penghormatan terakhir.






