PELAKON Aniq Suhair terpaksa menerima enam jahitan selepas mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharunya, Bisikan Nafsu pada Khamis.
Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari terakhir penggambaran ketika dia sedang menjayakan satu babak yang memerlukan komitmen fizikal tinggi.
“Malang memang tak berbau. Semalam (Khamis) merupakan hari terakhir di set penggambaran filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak perlukan komitmen Aniq dan cuba untuk buat yang terbaik.

Aniq menerima enam jahitan akibat kecederaan lutut.






