PELAKON dan Naib Juara Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar mengambil keputusan untuk menangguhkan kerjaya sebagai peguam bagi memberi fokus kepada bidang seni yang semakin mendapat tempat.
Menurut Adriana, dia sebenarnya sudah melayakkan diri sebagai peguam, namun buat masa ini memilih untuk tidak mempraktikkan profesion tersebut.
“Saya merupakan graduan lulusan undang-undang (ijazah sarjana muda), selepas itu saya sambung chambering pula sebagai peguam. Jadi saya sebenarnya peguam bertauliah.

Adriana ialah Naib Juara Dewi Remaja 2019.






