ISTERI kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong, meluahkan rasa syukur apabila lukisan yang dihasilkannya kini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mendorongnya merancang pameran solo tidak lama lagi.
Menurut Shikin, 42, perubahan daripada menghasilkan lukisan potret kepada karya abstrak membuka ruang lebih luas untuk menarik minat pembeli.
“Alhamdulillah, sekarang ini lukisan saya memang mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Pada awalnya saya menghasilkan potret dan memang ada peminatnya, tetapi saya terfikir ramai orang Islam kurang selesa dengan karya berbentuk figuratif.

Shikin tak putus terima tempahan lukisan.






