PELAKON Dayana Roza terus gigih bekerja biarpun masih belum menghabiskan tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua pada Disember tahun lalu
Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 33, berkata, dia masih dapat merasa kesakitan akibat luka melahirkan anak secara pembedahan namun tindakan kembali bekerja adalah pengorbanan demi masa depan anak-anak.
“Belum selesai 44 hari berpantang, sakit caesar (pembedahan) masih terasa lagi tetapi saya sudah bekerja.

Dayana melahirkan anak kedua pada Disember tahun lalu.





