DALAM sibuk menguruskan kerjaya sebagai seorang selebriti, penyampai radio dan pelawak iaitu Johan tetap mengambil tanggungjawab menguruskan hal berkaitan rumah tangga.
Cerita isterinya iaitu Ozlynn Wati, Johan secara sukarela menguruskan hal berkaitan menggosok pakaian dan tugas itu telah dibincangkan sejak awal lagi.
“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (suami) yang akan tolong iron baju saya.






