PEMERGIAN naib juara Akademi Fantasia musim keempat, Lotter P. Edwin Edin pada malam Sabtu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan seperjuangannya dalam dunia seni iaitu Felix Agus.
Lebih menyedihkan bagi Felix, 43, apabila mengenangkan hasrat sahabatnya itu untuk mendirikan rumah tangga yang sepatutnya dirancang awal tahun hadapan.
“Sebenarnya Lotter merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan. Dia sudah bertunang setahun dengan wanita asal Sabah tetapi kini bekerja di Dubai.

Felix terkejut mendengar berita pemergian Lotter.






