PENYANYI Liza Hanim tidak menolak untuk kembali aktif berlakon selagi watak yang diberikan mampu memberi impak dan berbeza.
Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 47, berkata dia sudah lebih sedekad tidak terlibat dalam dunia lakonan walaupun masih menerima beberapa tawaran sepanjang tempoh itu.
Kata Liza, sekiranya dia diberi rezeki untuk membuat kemunculan semula, dia ingin memastikan watak diambil benar-benar berbeza daripada karakter yang pernah dilakonkan. 
Liza sudah lama meninggalkan dunia lakonan.






