KETIKA proses perceraian masih belum selesai, pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya didatangi seorang wanita dipercayai kekasih kepada suaminya, Beego yang mendesak agar mereka berpisah dengan segera.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata wanita berkenaan tanpa segan silu meminta dia supaya tidak lagi memberi harapan kepada Beego kerana mahu memulakan hidup baharu bersama.
"Semalam kekasih dia cari saya dan marah-marah, katanya jangan beri harapan kepada Beego sebab mereka nak mulakan hidup baru.

Linda dedah Beego ada kekasih hati lain.






