PELAKON Dynas Mokhtar melalui pengalaman melakukan ibadah korban dengan cara berbeza apabila terpaksa melakukan proses penyembelihan lembu di dalam hutan.
Kata Dynas atau Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 42, ia susulan haiwan yang sepatutnya dijadikan korban itu tiba-tiba hilang sekitar pukul 3 pagi pada Sabtu di Tapah, Perak.
Selepas ditemui pihak pengurusan surau membuat keputusan untuk melakukan penyembelihan di lokasi lembu tersebut dijumpai bagi memudahkan urusan.

Dynas (kiri) berkongsi detik cemas sewaktu lembu miliknya lari ke dalam hutan.






