INSIDEN penyanyi dan pelakon Ariana Grande diserang oleh seorang lelaki ketika majlis tayangan filem Wicked: For Good di Singapura pada Khamis menjadi bualan ramai, termasuk luahan kurang senang terhadap tindakan sebegitu.
Biarpun berdepan kecaman teruk, lelaki yang dikenali sebagai Johnson Wen itu bagaimanapun dengan rasa bangga berkongsi bahawa dia kini dibebaskan selepas melakukan kekecohan pada acara berkenaan.
"Saya bebas secepat ditahan," tulisnya di Instastory berserta video seakan-akan tidak menunjukkan rasa bersalah.

Johnson pernah menimbulkan kekecohan di konsert Katy.






