LELAKI yang menyelinap masuk ke rumah pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal disahkan sebagai individu tidak ‘normal’.
Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, menjelaskan ibu lelaki berkenaan tampil berjumpa mereka menceritakan perkara sebenar selepas mereka memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) di Instagram.
“Selepas kongsi di Instagram kami terima banyak DM dan ada seorang wanita ini memberitahu mahu berjumpa kami kerana individu tersebut adalah anaknya.
Aeril dan Wawa bertindak memadam rakaman CCTV yang dimuat naik di Instagram.