PENYANYI Adira Suhaimi memilih untuk menyekat akses komunikasi terhadap bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menerusi telefon bimbit demi menjaga kestabilan emosi.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, berkata langkah tersebut diambil bagi mengelakkan berlakunya pertikaman lidah dan salah faham yang boleh mengeruhkan lagi hubungan mereka selepas bercerai.
“Saya sekat sebab nak jaga emosi. Pada masa sama, saya mahu perkara antara kami selesai dengan cepat.

Adira tidak mahu terganggu emosi disebabkan Datuk Red.






