MELEWATI usia 47 tahun hari ini, keampuhan vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza terbukti masih utuh apabila menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, menerusi Konsert Legacy 30 pada malam Sabtu.
Dengan tenaga luar biasa, Siti berjaya menghabiskan lebih 40 buah lagu dalam tempoh hampir tiga jam tanpa henti.
Tiada langsung ‘sesi minum air’ atau wajah yang mengah, Biduanita Negara itu terus menghiburkan peminat setianya menerusi rangkaian lagu-lagu hit yang menjadi nadi perjalanan seninya hampir tiga dekad.


Siti menyampaikan hampir 40 buah lagu pada konsert Legacy 30.



